Khasiat Herba Xpower Cafe
- Khasiat Herba-Herba Terpilih

Nigella Sativa (Habbatus
Sauda’)
HABBATUS SAUDA’ digunakan secara tradisional untuk
beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis,
selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan
muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam hadisnya yang dikutip dari
kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam
penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR. Bukhari, Muslim).
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus
Sauda’ merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine
of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda’ berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah
perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah
pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi telah membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda’
mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Lycium Barbarum
(Goji)
GOJI telah digunakan dalam perubatan tradisional oleh rakyat Cina
selama lebih 5000 tahun. Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang
mengagumkan daripada buah Goji ini. Goji membuang Qi (enrgi/tenaga) yang tidak baik daripada 5 organ utama,
mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata dan menenangkan saraf.
Khasiat paling menakjubkan yang dijumpai keatas goji ialah ia
mengandungi 18 asid amino (6 kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding ‘bee pollen’), 21 unsur mineral, lebih
beta karoten berbanding lobak merah dan 500 kali ganda lebih vitamin C berbanding buah oren. Terdapat zeaxanthin
dan lutien acid yang baik untuk kesihatan mata. Ianya juga kaya dengan vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6 dan
vitamin E.
Morinda Citrifolia
(Noni/Mengkudu)
MENGKUDU merupakan buah makanan
berkhasiat yang sangat lengkap. Zat nutrisi yang diperlukan tubuh seperti protein, vitamin dan mineral
penting tersedia dalam jumlah yang cukup pada buah mengkudu.
Selenium salah satu mineral yang terdapat pada mengkudu merupakan
anti oksidan yang hebat. Terdapat pelbagai jenis kompaun dan mineral yang terkandung dalam mengkudu: xeronine,
plant sterois, alizarin, lycine, sodium, caprylic acid, arginine, proxeronine, antra quinines, trace elemens,
phenylalanine, magnesium, dll.
Terpenoid pula merupakan zat yang membantu dalam proses sintesis
organik dan pemulihan sel-sel tubuh. Zat anti bakteria yang terkandung dalam sari buah mengkudu itu dapat mematikan
bakteria penyebab infeksi. Kompaun scolopetin sangat efektif sebagai unsur anti radang dan anti alergi.
Xeronine dan proxeronine adalah antara jenis alkaloid penting yang
terdapat di dalam buah mengkudu. Proxeronine adalah sejenis nuliec acid seperti koloid-koloid lainnya. Xeronine
diserapsel-sel tubuh untuk mengaktifkan protein-protein yang tidak aktif, mengatur struktur dan bentuk sel yang
aktif.
Myristica Fragran (Buah
Pala)
BUAH PALA mampu membantu dalam menangani
masalah stres oksida yang dihadapi oleh hati (liver oxidative stress) dan membantu meningkatkan fungsi hati
dengan tindakbalas yang menghasilkan anti oksidan gluthatione, membantu mengatasi masalah kembung perut, rasa
loya, nausea, cholera dan nyanyuk.
Cinnamon (Kayu
Manis)
KAYU MANIS sebagai salah satu ramuan merawat kanser dan penemuan saintifik mendapati
kayu manis dapat merangsang pembentukan Tumor Necrosis Factor (TNF) iaitu sejenis protein yang berupaya melawan
kanser. Kajian juga menunjukan kayu manis bersifat hypoglisemic iaitu membantu meredakan paras glukosa darah
(antidiabetic), merawat salah urat, tekanan darah tinggi, gastrik, hilang nafsu makan, sakit kepala, masalah angin,
cirit birit, kembung perut, muntah, masalah perkumuhan, meredakan kesakitan, anti reumatik, diaphoretic dan
carminative.
Menurut Pusat Kajian Kesihatan Masyarakat Jabatan Pertanian Amerika
Syarikat, kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin dalam melancarkan metabolisme glukosa sebanyak 9 kali
ganda. Dr. Richard Anderson (dari Pusat Kajian Kesihatan Masyarakat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) memberitahu
bahawa peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap jantung dan metabolisme. Ini memberikan kesan yang amat baik
kepada penderita diabetes yang menghadapi masalah insulin.
Phaleria Macrocarpa (Mahkota
Dewa)
BUAH MAHKOTA DEWA mengandungi beberapa zat aktif. Alkaloid bersifat detokfikasi yang
dapat meneutralkan racun di dalam tubuh. Saponin bermanfaat sebagai sumber anti bakteria dan anti virus,
meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan daya hidup (vitality), mengurangi kadar gula dalam darah dan
mengurangkan penggumpalan darah.
Flavanoid melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah
terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada
dinding pembuluh darah, mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti inflamasi (anti radang),
berfungsi sebagai anti oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan. Polifenol
berfungsi sebagai anti histamin (anti alergi).
Mangoesteen Rind (Kulit
Manggis)
KULIT MANGGIS mengandungi xanthones iaitu kompoun phenolic yang bertindak sebagai
anti oksidan yang terbaik di dunia dan sangat menakjubkan. Xanthones melindungi tubuh badan dari radikal bebas dan
membantu meningkatkan sistem imunisasi, sistem sokongan tubuh, pencernaan, otak dan kulit sebagai anti bakteria,
anti fungal dan anti viral. Anti oksidan terhebat yang terdapat pada kulit manggis bertindak sebagai anti kanser
termasuk apoptosis, mencegah artherosclerosis, anti bakteria termasuk tuberculosis dan anti kulat
patogenik.
Acorus Calamus
(Jerangau)
JERANGAU digunakan secara tradisional untuk mengatasi masalah perut dan membuang
angin dalam badan dan mengawal gastrik. Pokok jerangau juga boleh mengubati sakit gigi, anti bengkak dan bertindak
sebagai penenang.
Lepedium Meyenii
(Maca)
MACA merupakan sumber semula jadi untuk tenaga. Aphrodisiac, pengimbang hormon
semulajadi lelaki dan wanita, membantu menyelesaikan masalah kesuburan lelaki dan wanita, menentang kelesuan bagi
mereka yang aktif, kaya dengan kandungan nutrisi seperti galian-galian magnesium, ferum, manganese, cuprum, zink,
natrium , kalium dan kalsium. Vitamin-vitamin timina (B1), riboflavin (B2), dan vitamin C. Kuantiti asid amino asas
yang banyak seperti asid aspartik, asid glutamik, serina, glisina, arginina, valina dan lisin dan asid-asid lemak
seperti asid palmatik, asid linoleik dan asid lemak tepu.
Butea
Superba
BUTEA SUPERBA merupakan tumbuhan botani dari Thailand digunakan secara tradisional
untuk meningkatkan libido seksual untuk lelaki. Juga dikenali sebagai ‘herba keremajaan bagi lelaki’. Sesuai untuk
wanita untuk menebalkan dinding rahim dan sebagai sumber stamina yang berpanjangan.
Ginkgo
Biloba
GINKGO BILOBA merupakan salah satu jenis pohon tertua yang masih hidup dan daunnya
adalah salah satu daun yang paling banyak dieksperimentasikan. Ginkgo Biloba terkenal digunakan untuk meningkatkan
memori dan untuk membantu dalam gangguan peredaran darah terutama ke otak. Sebatian flavonoid dan terpenoid yang
dianggap memiliki sifat anti oksidan yang hebat untuk membantu mereka yang memiliki penyakit Alzheimer.
Ginkgo Biloba dapat meningkatkan fungsi kognitif seperti berfikir,
belajar dan daya ingatan, meningkatkan aktiviti hidup seharian dan perilaku sosial dan mengurangi perasaan depresi
dan gangguan memori, hipertensi, asma dan lemah tenaga batin. Penelitian lebih lanjut menunjukkan bahawa flavonoid
juga dapat membantu masalah retina pada mata. Ia juga dapat mengurangkan kesan sampingan akibat daripada menopaus,
osteoporosis dan penyakit kardiovaskular.
|